Sunday 10 July 2011

10 JeNiS TanGisAn ManUsia

shallom...pa kabar semua??? hihi..hari isnin yg malas bagi ku..hihi..nta lh xtaw napa...mungkin terlalu banyak aktiviti hari ahad tu..xcukup rehat n bla..bla..bla..hihi...aiksss cm meluahkan perasaan pla...berbalik pada tajuk entry sy kali ni..(mcm lh sy kuat nangis)..hihi..tpi bila baca artikel brkaitan ngan benda ni cm tertarik lak...ni yg aku baca lh...n aku rasa ble lh berkongsi ngan kamu semua...

1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Tangisan kerana rasa takut
3. Tangisan kerana cinta
4. Tangisan kerana gembira
5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan
6. Tangisan kerana terlalu sedih
7. Tangisan kerana terasa hina dan lemah
8. Tangisan untuk mendapatkan belas kasihan orang lain
9. Tangisan kerana terikut-ikut atau terpengaruh dengan tangisan orang lain
10. Tangisan orang hipokrit ataupun berpura-pura.....

mana satu yer tangisan kamu hari ini??? 

Thursday 7 July 2011

S.I.M.B.O.L S.M.I.L.E D F.A.C.E.B.O.O.K

hye...lama da xupdate blog ni..agak sibuk sejak kebelakangan n kemajuan ni..(upsss guru bm betulkn bhsa tu)..hihi...berbalik kpda tjuk yg sy pilih tu..besa seronok kita tgo org chat ngan kita gna simbol2 yg cute2 kn..jdi sy cari punya cari terjumpa lh satu blog yg post benda2 cute tu..so tanpa berlengah2 aku ambl lh..sory bukan nk ambl org buat tpi sekadar nk berkongsi..huhu..adeiii bnyk ckp pla...bla..bla...bla...apa kata korg tiru cm sy..praktikn kat fb tu...hihi..seronokkk...




hihi...jmpa lagi..jaga diri yer...umuaxxx....

Wednesday 22 June 2011

FasHa sAnDhA

 Nur FasHa SandHa....peLaKon WaNita yAng seRinG diLanda KonTroVersi..NamUn..SaYa teTap MemiNatinYa..saYa BukaN mInat deNgan KonTroVersi yg dIa TimBulkAn taPi MiNat deNgan kUaliTi Lakonannya...hurmmmm...tpi kAdang2 aKu diPerli JuGa sbb Minat nGan dia..sY FahAM rmi yG xSuka tapi SaYa tetap MemiNatinyA..Hurmmm npk Macam Fanatik kn Ngan dia ni..tpi Aga2 cm Tu lh..sEmua LakoNan dia waJib sy tgo/tOnton...hihi...imPian sy...sy IngIn jumPa nGan pelaKon ni..Nk Hug2 dia..Hihihi..suKa sanGat..SeMoGa peLakon ni SentIasa MuRah RezeKi..Sya salAh Sorg PemiNat setIanya...hihi...sowie yer kepaDa yg Xsuka..Relakss lh yer..MasiNg2 punYa Hal..xsuka Xpe..Kmu n Sy xruGi apa2..Peace No war..

Tuesday 14 June 2011

SeLaMat HaRi BaPa...

setiap tahun saya tidak dapat meraihkan hari bapa bersama dengan bapa kesayangan saya...hati berasa hiba kerana tidak dapat memeluk ayah..namun dikesempatan ini saya ingin mengucapkan hari bapa kepada semua yang bergelar bapa...jadilah macam bapa aku..sangat sporting, tegas dan penyayang..mari kita menyayangi ayah kita walaupun pernah dipukulnya...saya sayang ayah...selamat hari bapa..semoga Tuhan memberikan kehidupan yang baik kepada ayah saya...


ni lah ayah saya...26hb ni genaplh beliau berumur 44thn..hurmmmm...bapa makin tua...saya rindu..saya sayang ayah..terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada kami...Tuhan memberkati...

Friday 27 May 2011

CERITA CUTI SEKOLAH

cuti sekolah adalah hari2 yang ditunggu2 oleh semua pelajar dan juga guru2...hurmm..teringat tika diri masih dibangku sekolah..tipulah kalo saya tidak suka cuti sekolah kan...masa ni lah sy bangun lewat, ble bermain dr pagi sampi mlm..biasanya masa kecil2 dulu kalo time bcuti jer sy n sepupu2 yg tinggal agak berjauhan akn bertemu dn biasanya mereka akan dtg bcuti di kampung ku..sebelum cuti tu banyak da yg trlintas dlm minda nk buat apa time cuti..kmi tak ble rancang brsama2 krn perhubungan yg tak mengizinkn kerana kampungku belum ada rangkaian telefon..jdi semua aktiviti sy yg rancang sepenuhnya..sepupu ku dtg sbgi peserta jew..biasanya kami akan main masak2..n bnyk ag..tpi pernah sekali cuti sekolah tu sy bosan, fed up n mcm2 ag..smpikn sy bertindak "ehemmmm"..hahha upsss jn pkr benda yg bukan2 pla yer..ceritanya cm ni..sepupu sy ni bru sampai..jdi time tu mak aku tanam ubi manis..jdi tiap hari sy ngan sepupu sy tu p cari sendiri..agak sukar juga bgi dia sbb spupu sy tu xpernah buat benda cm tu..jdi sy lh yg menjadi laoshinya..hihi..apbila kmi mndpt bnyk ubi manis kmi bwa ke rumah n gorengnya..fuh..rasanya xperlu ckp lh..sepupu sy ni agak gila2 sikit..dia xpernah puas..shari tu kami habiskn masa dgn mencari ubi manis, goreng n makan, cri,goreng n makan..smpi ptg..sy da fed up..sy ambl parang yg kmi gunakn mcari ubi manis lalu cuba memukul dia..huh..nasib baik xmengenaii badannya..sepupu sy tu balik ke rumah neneknya pd hari tu juga..sy mrasa bersalah krn mmukulnya..tpi sy dtg meminta maaf dgnnya..dulu lain..skrg lain..tiap cuti sekolah sy xprnh ag berpeluang bjumpa dgn spupu sy tu..dia pun sibuk belajar sy pun sibuk belajar..(dia lbih pandai dr sy..dia mdpt SPM 11A1.saya??? haha..cukup mkn je..cukuplah melayakkn sy masuk tingkatan 6 sdgkn dia bljr kat mitrikulasi) sy sgt rindu dgn dia..tpi laut China selatan telah memisahkn kami bdua..lagi pun kalo bjmpa pun mesti keadaan brubah sbb kmi bdua sma2 da matang n berkelakuan spt kanak2 agak mustahil..begitulh kan..keadaan hidup..masa ble mengubah sgala2nya..maka..nikmatilah setiap masa yg kita lalui..kalo sepupu sy tbaca ketahuilh sy sgt merindui kmu..selamat bercuti..hihihi..I LoVe tHe waY u'R..

Sunday 10 April 2011

~kRiTiKaN & pEniLAiAN sEni~

Kritikan seni

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

PROSES APRESIASI SENI/ PENILAIAN KRITIKAN SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses
Apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

B. MENGANALISA
i.Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip
dan stuktur
ii.Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii.Menghauraikan stail sesuatu karya.

C. TAFSIRAN
i.Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii.Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN
i.Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti
keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
ii.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,
keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Wednesday 6 April 2011

~PERBEZAAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF & PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kolaboratif

Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan


Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.

Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan.


Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.

Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif.


Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.

Hasil secara kumpulan

Hasil secara individu.

@@RUBRIK@@

RUBRIK ANALITIKAL
merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.

RUBRIK HOLISTIK :
selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif.
 
Pengujian tradisional  
merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
-kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research
workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

SENI SULAMAN MENGGUNAKAN MANIK

Sulaman manik juga merupakan salah satu seni jahitan yang menarik. Bentuk sulaman terpulang kepada citarasa individu dan ia tidak terikat. Berikut merupakan beberapa contoh sulaman manik...





sEni DaLaM gAmBaR

























CORAK BATIK

Tersebut adalah contoh-contoh lukisan corak batik. Sangat cantik dan unik..






~~SENI~~

Menurut kamus dewan Edisi keempat seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala  seni II membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk, teknologi dan reka bentuk persekitaran.  Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. 

Sunday 20 March 2011

TAKSONOMI BLOOM


Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian, . Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

 4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
 Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.