Sunday 10 April 2011

~kRiTiKaN & pEniLAiAN sEni~

Kritikan seni

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

PROSES APRESIASI SENI/ PENILAIAN KRITIKAN SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses
Apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

B. MENGANALISA
i.Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip
dan stuktur
ii.Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii.Menghauraikan stail sesuatu karya.

C. TAFSIRAN
i.Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii.Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN
i.Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti
keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
ii.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,
keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Wednesday 6 April 2011

~PERBEZAAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF & PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kolaboratif

Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan


Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.

Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan.


Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.

Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif.


Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.

Hasil secara kumpulan

Hasil secara individu.

@@RUBRIK@@

RUBRIK ANALITIKAL
merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.

RUBRIK HOLISTIK :
selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif.
 
Pengujian tradisional  
merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
-kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research
workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

SENI SULAMAN MENGGUNAKAN MANIK

Sulaman manik juga merupakan salah satu seni jahitan yang menarik. Bentuk sulaman terpulang kepada citarasa individu dan ia tidak terikat. Berikut merupakan beberapa contoh sulaman manik...





sEni DaLaM gAmBaR

























CORAK BATIK

Tersebut adalah contoh-contoh lukisan corak batik. Sangat cantik dan unik..






~~SENI~~

Menurut kamus dewan Edisi keempat seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala  seni II membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk, teknologi dan reka bentuk persekitaran.  Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.